Sekitar Seminar Keluarga Bahagia Bersama Prof Dr Muhaya di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan

Promosi Jualan Kad Kahwin
                       Jualan Buku

Alhamdulillah, pada 22 Oktober 2011 bertempat di Dewan Besar Balai Islam Lundang, telah diadakan satu Seminar Keluarga Bahagia dengan menjemput Prof Dr Muhaya Mohamad yang merupakan personaliti Astro dan Radio IKIM.

Sesi perkongsian santai bersama Prof Dr Muhaya


Seminar yang dianjurkan oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Kelantan itu telah mendapat sambutan yang menggalakan khususnya rakyat yang berada di negeri Serambi Mekah ini.

Peserta Seminar

Seramai 290 orang peserta menghadirkan diri bersama didalam seminar yang bermula seawal jam 8 pagi dan tamat jam 2 petang.

Dr. Syed menceritakan pengalamannya ketika berada di bumi Gaza

Program di mulai dengan sedikit perkongsian pengalaman Wira Palestin PAPISMA, Dr. Syed Abdul Khaliq yang juga merupakan peserta Misi RADIG 2 (Ramadhan Di Gaza).

Sentiasa berfikiran positif.
Peserta menjadi model

Sekitar jam 9.30pagi, para peserta seminar di hidangkan dengan perkongsian yang menarikserta tips-tips yang berguna dalam memperoleh kebahagian dalam oleh Prof Dr Muhaya.

Fokus mendengar perkongsian dari Prof
Buku dan Cd Prof Dr Muhaya laris dijual.

Link slide presentation Prof Dr Muhaya sempena Seminar Keluarga Bahagia 22 Oktober 2011 di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan :

Slide 1 : Slide Prof 1 
Slide 2 : Slide Prof 2

Peserta mengambil kesempatan bergambar bersama Prof Dr Muhaya
Previous
Next Post »