Liqa' Kali - 1 d' HRPZ II KB 2013

10 Januari 2013 -  Alhamdulillah, PAPISMA Kelantan telah berjaya mengadakan liqa’ HRPZ II pada 10 Januari 2013. Majlis dipengerusikan oleh saudara Hadyan, dan diraikan kehadiran Pengerusi PAPISMA Kelantan, Dr Hashairi, AJK PAPISMA Pusat Dr Syed juga Saudara Azreen. Kehadiran ahli amat memuaskan, iaitu seramai hampir 30 orang merangkumi semua peringkat, pakar, medical officer dan juga houseman beserta pegawai pergigian dan farmasi.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi PAPISMA Kelantan dan diteruskan dengan pemberian input berupa motivasi dan semangat kepada ahli agar terus berjihad, juga akan realiti bahawa cabaran kehidupan sebenar adalah di luar kampus. Pengerusi menceritakan serba sedikit latar belakang penubuhan PAPISMA kepada adik-adik baru, bermula dari ISP sehinggalah ia berjaya didaftarkan sebagai NGO di Malaysia. 


Ucapan ditutup dengan memaklumkan aktiviti terkini papisma kelantan melibatkan momento13 fasa kedua dalam masa terdekat. Pengerusi juga menekankan akan kepentingan penglibatan dalam usrah sebagai input berterusan untuk setiap pejuang agama Allah.


Majlis diteruskan dengan ucapan oleh saudara Azreen selaku wakil tarbiah, di mana beliau menerangkan usrah yang wujud di PAPISMA Kelantan. Beliau turut mengingatkan agar ahli membayar yuran PAPISMA dan memaklumkan maklumat diri kepada pusat untuk pengemaskinian database.

Majlis bersurai pada jam 5.15 petang.
Previous
Next Post »