Kenduri Kesyukuran PAPISMA Kelantan


assalamualaikum wrbt.

Mewakili jawatankuasa Majlis Kenduri Kesyukuran PAPISMA Kelantan dengan ini menjemput dan mempersilakan sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan serta sahabat PAPISMA yang berada di sekitar negeri Kelantan, adik-adik KBI USM ke Majlis Kenduri Kesyukuran PAPISMA Kelantan bagi meraikan petugas-petugas yang telah memberi sumbangan tenaga, harta benda didalam menjayakan aktiviti-aktiviti besar PAPISMA Kelantan sepanjang tahun 2012 - Mukatamar PAS Ke 58 di PUTIK, M13 fasa 1, Khatan Perdana 2012, serta meraikan kemenangan PAPISMA Kelantan didalam Kejohanan Badminton Zon Timur baru2 ini.


Majlis ini juga diadakan sempena naik pejabat baru PAPISMA Kelantan. Lokasi pejabat baru PAPISMA Kelantan adalah terletak di Lot 1959, Taman Makmur, Kg. Chicha, Kubang Kerian (bersebelahan rumah dr nik azrizie (dr.suhana) . Butiran program adalah seperti berikut:

tarikh : 15 Februari 2013 (Jumaat)
tempat : Pejabat Baru PAPISMA Kelantan, Kg. Chicha, Kubang Kerian, Kelantan
masa : 5.00petang - 9.00malam

Disini dilampirkan atucara majlis:

5.00 petang - Ketibaan para tetamu jemputan.
5.30 - 6.30 petang - Bacaan surah Al-Baqarah secara berjemaah ( sila bawa al-quran masing2)
6.30 - 7.30 petang - Makan malam
7.30 - 8.30 malam - Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isyak
9.00 malam - Ucapan penangguhan/ bersurai

Mohon kerjasama dari sahabat semua memaklumkan kehadiran kepada ana (En. Syakir 019-9009321) bagi memudahkan urusan membuat tempahan makanan. Sebarang petanyaan bolehlah menghubungi jawatankuasa program, Dr. Rosnani 019-9866763, Dr. Hidayah 014-8323822 atau ana En. Syakir 019-9009321.

Kerjasama semua didahului ucapan terima kasih.
Previous
Next Post »