Senarai Aktiviti-aktiviti Terkini PAPISMA Kelantan

1. Khidmat Kesihatan sempena Program Waja Gayong 2012 bertempat di Gelanggang Silat Gayong, Kg. Pantai Senak, Tawang Kelantan (2 Jun 2012) ; 8.30pagi-1.00tghr.

Monday, April 23, 2012

Riadah Mahabbah PAPISMA Kelantan

20 April 2012 - Eratnya ukhwah dikalangan ahli didalam sesebuah organisasi pertubuhan adalah penting bagi mewujudkan keberkesanan dan kelancaran dalam mencapai misi dan objektif didalam pergerakan sesebuah pertubuhan. 

Sebahagian Ahli Keluarga Yang Hadir

Keluarga Qumat
Keluarga Dr. Syed








PAPISMA Kelantan berjaya menghimpunkan ahlinya didalam satu program riadah yang objektifnya adalah bagi merapatkan ukhwah sesama ahli. Riadah diadakan di perkarangan Kompleks Sukan 2 USM, Kubang Kerian, Kelantan.


Yellow Green Warriors

GELANGGANG KERAMAT

Bola Futsal Ajaib
Gelanggang Futsal USM 2


Riadah dimulakan dengan sesi pemanas badan dan seterusnya, diadakan satu perlawanan persahabatan dengan ahli senior menentang junior. Pelbagai aksi dapat dipertontonkan pada perlawanan kali ini.

Coach Azaharim
Aksi pemain Hijau Kuning
Skill Dr. Sayodi (Mat Yo) tiada tandingan
Rebatan Faisal di halang oleh Dr. Sobri
Rembatan half swinger oleh M.Ghaddar

Perlawanan kali ini dimenangi oleh kumpulan senior menewaskan junior 5-4.Gol kemenangan telah dijaringan oleh Dr. Syed Khaliq (M.Ghaddar) diwaktu kecederaan.

Tiga!!!!!

MAKAN-MAKAN


Makan-makan
Bertanya khabar sahabat



Tamat Separuh Masa Pertama
Ribuan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi melapangkan masa bersama didalam program Riadah Mahabbah pada kali ini. Semoga ukhwah kita kekal berpanjangan.

Kredit Pict : Dr. Khairul Afnan

Wednesday, April 18, 2012

PAPISMA Kelantan Di Kok Lanas

Bekwoh @ Dataran Ilmu, Kg. Baloh
13-14 April 2012 - Semangat kesukarelawanan dan gotong royong didalam mengadakan sesuatu majlis kian pudar di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Masing-masing sibuk menjalankan aktiviti harian sehinggakan mengabaikkan hak-hak kejirananan.

Harap semuanya sihat
Saringan, periksa BP dulu ya










Pada hari Jumaat (13hb) yang lepas, PAPISMA Kelantan dijemput mengadakan sesi khidmat kesihatan secara percuma sempena Program Kemasyarakatan " Bekwoh@Dataran Ilmu" yang telah dianjurkan oleh penduduk Kg. Baloh, Kok Lanas. Kehadiran penduduk kampung ke program ini adalah menggalakkan.

Dr. Fadlhi Yazid memeriksa lutut pesakit
Dr. Hasme Zam memberi penerangan










Bagi melincinkan atucara pemeriksaan kesihatan, sebanyak dua kaunter saringan dan dua kaunter rujukan doktor telah diadakan sempena program tersebut. Dianggarkan seramai 200 orang penduduk telah melakukan ujian pemeriksaan kesihatan percuma ini.

Sambutan dari pengunjung
Bertanyakan Kesihatan Pesakit










Pada 14 April 2012 PAPISMA Kelantan telah dijemput mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma bersempena dengan program Cakna D' Kok Lanas. Program ini diadakan bertempat di Perkarangan Surau Taman Pinggiran Atira, Kok Lanas.

Berkhidmat adalah Keistimewaan Kami
Kehadiran pengunjung ke khemah pemeriksaan kesihatan adalah menggalakkan. Para pengungjung tidak kisah beratur panjang bagi mendapatkan khidmat kesihatan serta nasihat daripada rombongan PAPISMA Kelantan.

Thursday, April 12, 2012

M13- Cakna Anak Muda Di Pasir Pekan


Kain Rentang Alu-aluan
Hadirin Kaum Hawa








7 April 2012 - PAPISMA Kelantan di jemput bagi mengadakan khidmat kesihatan statik di Kg. Pulau Raja, Pasir Pekan, Kelantan bersempena program Cakna Anak Muda Pasir Pekan. Sambutan dari penduduk Kg. Pulau Raja memberangsangkan.

Khidmat Nasihat Daripada Petugas Kseihatan
Pemeriksaan Gula Dalam Darah








Selain diadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma, pihak penganjur juga turut mengadakan sukaneka rakyat melibatkan pemuda-pemuda seperti pertandingan gusti lengan, bawa motosikal paling lambat. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr. Kamaruddin Jaafar yang merupakan ahli parlimen Tumpat.

YB. Kamaruddin Jaafar menyampaikan Hadiah kepada Pemenang

Sunday, March 18, 2012

Seorang Dai'e



" Seorang Dai'e, seperti anak sungai yang mengalir deras, sumbernya ada curahan hujan dari langit, melebar manfaat untuk semua... meresap jauh ke akar bumi, terpancar menjadi mata air, menyelusuri setiap lurah dan lembah, menjadi tasik, sungai dan laut, menyebar rahmat keseluruh alam..." Hazmi Dibok Al-Hafiz 2011


Tanggungjawab kepada Allah swt.

Sunday, February 19, 2012

KLMJ - Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

 Sekitar AGM KALI KE-3 PAPISMA KELANTAN

Banner alu-aluan AGM Kali ke-3 PAPISMA Kelantan
19 Februari 2012 - Alhamdulillah, pada hari sabtu yang lepas (18hb) bertempat di Pustaka Awam Az Zahra, Telipot, Kota Bharu, Kelantan telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 PAPISMA Kelantan bertemakan  Mantap Jati Diri, Mantap Amal Jamaie. Kehadiran sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan amat membrangsangkan.

Kenag-kenangan bersama YB Husam Musa
Majlis bermula seawal jam 8.30pagi dimulai dengan proses pendaftaran ahli ke AGM Kali Ke -3 PAPISMA Kelantan.

Beg Ekslusif buat hadirin
Pendaftaran









Majlis seterunya dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi PAPISMA Kelantan, Dr. Hashairi Fauzi. Didalam ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PAPISMA Kelantan yang sudi hadir ke AGM kali ini dan sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti yang telah dirancangkan bersama.

Pengerusi Berjiwa Rakyat
Mesyuarat diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Presiden PAPISMA Pusat, Dr. Awisul Islah Ghazali yang juga mengingatkan ahli agar sentiasa komited didalam pergerakan NGO ini.

Gimik Pelancaran AGM Kali Ke - 3
Barisan Pimpinan PAPISMA Kelantan
Pengorbanan Ahli

Fokus
Beri perhatian









10 Cabutan Bertuah

Bertuahnya Hadyan
Suami Isteri bertuah :)
Dr. Hanif Klinik Kias :) 









Untuk kali ini, PAPISMA Kelantan telah memperkenalkan 6 Anugerah Khas bagi menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh ahli didalam menaikkan nama PAPISMA Kelantan di mata masyarakat.

Anugerah Khas PAPISMA Kelantan

1. Pemuda Harapan (Dr. Sobri Nor)

Anugerah Pemuda Harapan
2. Ahli Paling Komited (Dr. Ahmad Shahril Ab Halim)

Anugerah Ahli Paling Komited
3. Anugerah Penyunat Tegar (Dr. Hasme Zam Hashim)

Anugerah Penyunat Tegar :)
4. Anugerah Keluarga Mawaddah (Dr. Mohd Kamal Yatiban)

Anugerah Keluarga Mawaddah
5. Anugerah Srikandi PAPISMA Kelantan ( Dr. Nik Rosmawati & Dr. Rosediani)
Anugerah Srikandi
Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Dato Hj Husam Musa kerana sudi bersama menceriakan AGM pada kali ini. 

Simbolik Pelancaran M 13
Cendrahati kepada YB Dato Husam Musa

Cendrahati kepada Presiden PAPISMA Pusat
PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK

Gaya mewarna
Mewarna sambil menonton Upin & Ipin









Ribuan terima kasih diucapakan kepada ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus bekerja dalam memastikan kelancaran AGM Kali Ke - 3 ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat ahli-ahli yang hadir dan sentiasa memberi sokongan didalam menggerakkan aktiviti-aktiviti PAPISMA Kelantan.

Halwa Telinga